cerita balik sepang lagi

entah kenapa
blog ini banyak dengan cerita
aku balik sepang
dan lagi
malam ini aku pulang ke pangkuan mak dan abah
acu juga ada
begitu juga sara dan alya
rindu alya; manja
kali ini aku pulang kerana besok
besok saudara dari johor akan tiba
singgah di rumah kecil ini dalam perjalanan mereka
menghantar anak yang akan bertunang
dengan orang sepang
walaoweih! orang johor jumpa orang sepang
memang jodoh itu di tangan Tuhan
jauh di mana pasti akan bertemu
dekat belum tentu
aku juga perlu jumpa Pak Leh; mentor
mentor yang mengajar aku tentang pengiklanan
dan juga pemasaran
dan juga perniagaan
dan juga seni
Pak Leh seorang pelukis dan pemuzik
tetapi sudah lama tangannya tidak dialun
mungkin kepenatan; mungkin
aku harus hulurkan cakera padat
yang dipenuhi lakaran si bodoh
untuk dibuat layar iklan
bagi perniagaan kambing di kampung; HABHI
Haji Abu Bakar Haji Ismail; sempena nama Atok Ayah
aku rindu Atok - nanti akan aku ceritakan perihal Atok -
tadi diberitahu Pak Zam
dua ekor anak kambing melihat dunia
baru siang tadi; alhamdulillah
kini 10 ekor sudah hasilnya; berkat kesabaran
insya'Allah minggu depan aku pulang ke Merlong
atas jemputan sepupu yang berkahwin
atas tanggungjawab untuk membawa Pak Man ke hospital
atas sebab untuk bertemu sang YB; Yang Berhormat
memohon bantuan untuk ternakan kambing; HABHI
namun malam ini
aku balik sepang lagi

No comments: