balik kampung
hey hey hey
hati riang
maka hari minggu yang lepas aku habiskan masa di kampung. hari jumaat hantar Mak dan Abah ke JB, mereka menginap di seri malaysia, aku diajak sama tapi takpe la, biarlah Mak dan Abah berdua-duaan, lagipun Pak Leh dan Kak Shelly menginap di hotel yang sama. selesai urusan pendaftaran masuk, aku berangkat pulang, singgah di rumah Pak Lang. malam nanti sepupu aku nikah, aku tak dapat hadir, maka singgah lah kejap.
sabtu besoknya hala ke dewan tabung haji bersama Pak Zam dan Acu. ingatkan balik nanti nak bawak Acu tapi Pak Zam nak balik awal kerana kesiankan Pak Man seorang di rumah; Pak Man kurang sihat. lagi pun ada satu lagi jemputan jiran di kampung perlu dipenuhi. kasihan Acu, memang rancangan awal aku nak bawak dia jalan-jalan tebrau, nak biarkan dia beraksi bersama kamera barunya. tapi hajat tak kesampaian. mungkin di lain masa. JB menyediakan satu lanskap yang menarik untuk diterjemahkan ke dalam seni foto. istana, pejabat kerajaan, masjid, selat berlatarkan negara sang singa, danga bay, zoo dan pelbagai bangunan warisan yang cantik-cantik. sayang sekali tak dapat bawak Acu.
ahh... terlupa seperkara. pagi sabtu itu dua ekor lagi anak kambing dilahirkan, sayangnya seekor mati sejurus lahir; kasihan. namun yang seekor lagi alhamdulillah sihat. sempat aku rakamkan menggunakan kamera Acu, http://www.flickr.com/photos/adlighazali/. Acu baru belajar, maka aku amat menyokong sekiranya ada yang sudi membantu.
ahad, pulang ke sepang. dalam perjalanan singgah di rumah Mak Ngah di BP. satu cerita menarik, Mak Ngah tidak dijemput ke majlis perkahwinan anak Pak Lang. mengapa? aku pun tak faham dengan mereka mereka ini. tetapi Kak Adek anak Mak Ngah dijemput dan hadir. semakin tidak faham. jika Atuk masih hidup pasti Atuk akan sedih melihat anak-anak kesayangannya begini; al-fatihah buat Atuk. huan masih turun di luar; sepanjang 3 hari aku di Johor hujan turun dan hanya berhenti seketika, maka aku tidur sebentar di rumah Mak Ngah. lewat petang bergerak pula ke rumah singgahan Abang Ben di Tangkak. Along dan anak-anak dia ada di sana, juga baru pulang dari kampung siang tadi. Bermalas-malas sebentar, malamnya kami menyarap perut di pekan Tangkak; luas juga pekan ini. perut sudah kenyang, hari juga sudah lewat, maka aku pulang ke Sepang bersama Mak dan Abah.
tiga hari penuh erti; tentang permulaan pasangan, tentang kelahiran, tentang hari tua, tentang keindahan, tentang kekuasaan, tentang penentangan.
apa pun aku gembira dapat pulang ke kampung.
pulang ke kampung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment