jam 11 pagi tadi, 15hb Mac 2008, para pemuda UMNO Kelana Jaya, Shah Alam dan beberapa bahagian lain mengambil bahagian di dalam sesi demonstrasi sambil membuat laporan polis di balai polis shah alam. ianya berhubung dengan kenyataan ketua menteri penang yang baru dilantik, Lim Guan Eng, yang berhasrat untuk membatalkan polisi DEB di penang.
beberapa perkara menarik yang ingin dikongsikan di sini.
pertama, betapa jumlah ahli2 pemuda yang bergabung ini sangatlah kecil, berbanding dengan demonstrasi2 yang dianjurkan oleh parti2 alternatif seperti pkr dan pas. mungkinkah kerana kali ini tiada imbuhan duit minyak pada yang turut serta tidak sepertimana program2 yang lepas? alangkah sedihnya jika ianya benar, maka benarlah pemuda2 ini hanya mementingkan wang ringgit, atau istilah terbaru perutism, dari perjuangan yang sebenarnya.
kedua, berkenaan demonstrasi. sebenarnya saya kurang bersetuju dengan idea ini. jika sebelum ini para pemimpin kerajaan, yang pastinya terdiri daripada pemimpin2 umno, memomokkan bahawa demonstrasi jalanan bukanlah budaya kita, demonstrasi menghancurkan negara dan sebagainya, maka kenapa kini ahli2 umno sendiri yang melakukannya? bukankah ada cara lain yang lebih baik untuk menyampaikan mesej daripada demonstrasi. mengapa perlu ditiru perangai yang tidak elok?
ketiga, isu deb. isu panas yang sentiasa membangkitkan kemarahan orang2 Melayu tetapi pada masa yang sama ada juga orang2 Melayu yang menentang dasar ini. betapa Melayu bodoh jika menafikan deb, kerana ianya umpama menafikan hak sediri yang dihadiahkan oleh tuk nenek kita dulu. deb ini perlu difahami sebelum ditentang. saya percaya tidak ramai yang faham, namun oleh kerana mengikut hati atau mungkin juga mengikut orang lain, maka mereka turut menentang dasar ini. dasar ini adalah nyawa Melayu yang hampir putus akibat sengketa berdarah 13 Mei, adakah mereka sudah lupa? mungkin cara perlaksanaannya yang tidak telus, atau mungkin juga penyalahgunaan kuasa dalam mentadbir dasar ini yang menyebabkan mereka marah. namun jangan dimusnahkan dasar ini untuk anak cucu kita, tukarkan sahaja pemimpin petualang bangsa ini. jangan kerana nyamuk seekor habis rumah kita bakar.
keempat, mengenai penang. suka saya panggil di sini sebagai republic of penang. mengapa 'republic'? kerana ianya tidak ubah seperti republic of singapore. sebuah negeri yang diperintah oleh kaum Cina yang bukan penduduk asal negeri tersebut, mempunyai seorang TYT yang jika dinaiktarafkan sebagai sebuah negara sama taraf dengan Presiden, hanya boneka. dan orang2 Melayu tidak mempunyai kuasa jika kerajaan Cina ini mengubal undang2 mengikut kehendak mereka. amat menarik, ianya sebuah republik yang wujud di dalam Persekutuan Malaysia yang dinaungi oleh Raja-Raja Melayu. masih ingatkah lagu warisan, bait2 "kini kita cuma tinggal kuasa, yang akan menentukan bangsa," jika di penang bait2 ini jika ditukar akan menjadi "kini kita sudah tiada kuasa, yang akan selamatkan bangsa". haih. mengapa orang2 Melayu penang khususnya, dan orang2 Melayu di seluruh negara amnya tidak sedar akan hal ini? menangis air mata berdarah sekalipun, penang sudah tergadai.
kelima, akan sikap orang2 Melayu terutama di dalam UMNO. sudah terhantuk baru tergadah. apakah mereka masih belum sedar bahawa perjuangan agama dan bangsa mengatasi perjuangan parti dan perut? masih lagi terdengar suara2 sumbang berkata, "habisla dah tak dapat projek2 mpsj lagi." bodoh! pkm betul! masih memikirkan hal kantung sendiri tatkala bangsa kamu tergadai. orang2 Melayu di dalam pkr dan pas masing2 bersorak meraikan kejayaan, tahniah buat kamu. namun masihkah kamu gembira bila deb dihapuskan? masihkah kamu gembira penang tergadai di tangan kaum lain? mungkin ada yang berkata, seperti yang selalu saya dengar, "dulu pun UMNO menang penang masih di bawah gerakan, orang2 Cina juga". atau mungkin juga, "50 tahun pegang 2/3 apa yang UMNO buat untuk Melayu, deb beri apa pada orang2 seperti kami?" haih. sedih sungguh. dulu walau penang di bawah parti gerakan, parti itu di dalam barisan nasional. barisan nasional ini dikuasai UMNO. makanya orang2 Melayu masih boleh mengawal tindakan orang2 Cina dalam gerakan. namun kini siapa orang Melayu yang akan mengawal tindakan dap? anwar ibrahim? beliau hanya mementingkan kepentingan peribadi dan dendam kesumat beliau. masih lagi kamu tertipu dengan lakonan yang beliau belajar dari ahli2 politik india. bodoh! memang saya akui 50 tahun memerintah fungsi deb demi kemajuan orang2 Melayu secara keseluruhan agak mengecewakan. namun seperti yang telah dinyatakan di atas, deb tidak bersalah, yang bersalah para pemimpin pembelot bangsa ini. maka salahkan mereka. maki mereka. tetapi jangan dikuburkan deb, hadiah tuk nenek saya.
saya kecewa, sangat kecewa dengan sikap orang2 Melayu. benarlah kata Tunku, "akhirnya orang2 Melayu sendiri yang akan menghancurkan bangsa mereka". maafkan patek Tunku, namun Tunku juga yang membenarkan kaum2 lain mendapat kerakyatan semata2 kerana inginkan kemerdekaan. merdeka apakah ini?
Hidup UMNO! Merdeka Melayu!
hidup UMNO! merdeka Melayu!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
haish...
pathetic sungguh...
Melayu perlu pembaharuan diri...
bermula dengan generasi baru seperti kamu.. jangan kecewakan kami
saya cuba yg terbaek...
Post a Comment