rupanya

Malaysia bumi bertuah
dulu namanya Tanah Melayu
sempena orang Melayu
yang membuka gelanggang
membina tamadun agung
dulunya

dijajah Portugis Melaka binasa
kemudian Belanda sebentar sahaja
Inggeris tiba habis pusaka
Jepun menyinga disergah jiwa
akhirnya Merdeka dengan bicara
akhirnya

kini maju luar dalam
luar seperti barat
bandar bandar kotak tinggi
pusat pusat melepas nafsu
acara acara orang maju
dalam seperti juga luar
majunya

ke mana Malaysia selepas ini
terus ke barat demi perpaduan
kembali ke desa mencari nilai diri
atau mungkin kedua-duanya
seperti glokal kata si pemimpin
global campur lokal?
bahasa pun sudah dia lupa
rupanya

No comments: