marah pada Tun M

waktu ini aku sangat marah pada Tun M. dulu memang sudah marah, kemudian reda pabila beliau letak jawatan secara terhormat *walau sebenarnya terpaksa - lakonan yang cukup bijak*, namun kini marah itu datang semula.

apakah beliau sudah lupa beliau bukan lagi kuasa penentu negara. maka, mengapa beliau masih ingin meneruskan permainan politik lapuk itu. apakah beliau masih berfikiran orang2 UMNO akan menurut kata beliau seperti dulu-dulu? acapkali beliau suarakan 'Pak Lah patut berundur kerana Pak Lah lemah, Pak Lah tidak bagus, Pak Lah punca kekalahan BN etc. etc'. apakah beliau lebih baik daripada Pak lah. apakah beliau lebih bagus daripada Pak Lah? lupakah beliau PRU 1999 BN juga mengalami kekalahan teruk. lupakah beliau, sehingga waktu ditolak dari kerusi presiden beliau masih gagal memenangi semula Kelantan. lupakah beliau peristiwa 1988 sehingga menyebabkan institusi kehakiman negara dipandang hina. lupakah beliau siapa yang memandai-mandai mengubah perlembagaan menarik balik kuasa Agong sehingga Parlimen berhak membuat apa sahaja dasar walau tidak dipersetujui Agong ianya tetap akan terlaksana secara otomatik *mungkin beliau takut Agong akan memihak kepada rakyat jalata*. lupakah beliau peristiwa 1998 yang menjadi bahan jenakan seluruh dunia yang akhirnya menimbulkan kebencian rakyat kepad BN dan UMNO *inilah punca segala-galanya*. dan beliau masih ingin berlagak bagus lagi? *hampeh!*

dari dulu rakyat inginkan satu kerajaan yang jujur, satu parlimen yang rakyat punya suara, satu keadaan di mana tiada satu individu pun mahupun satu parti memerintah negara secara totalitarian. sekarang rakyat telah dapat apa yang dimahu, di bawah pemerintahan Pak Lah bukan Tun M *mimpi la kalau orang tua ni nak bagi*. bukankah ini satu situasi yang sangat baik? maka kenapa nak dihumban Pak lah dari kerusi PM? mungkin kerana anak hantunya. anak hantu yang banyak makan projek sana-sini *kata orang*, anak hantu yang nak jadi PM dalam usia 40 tahun *kata orang*, anak hantu yang maksiatnya setan pun boleh tabik angkat tangan *kata orang*. kalau kerana anak hantu ini Pak Lah dilihat sebagai lemah, maka anak hantu ini yang perlu disingkirkan. Pak Lah mesti diselamatkan daripada anak hantu mahajahat ini.

walau apa pun zaman Pak Lah ini jauh lebih baik dari zaman pemerintahan Tun M. tiada dapat dinafikan lagi.

3 comments:

Edna Sinn said...

Tun Ghaffar tetap yg terbaek...

Hanafiah Ghazali said...

hmm.. Tun Ghafar tak pernah pentingkan kuasa mahupun pangkat.. dah nak meninggal baru dapat gelaran Tun... orang UMNO skrg gila kuasa gila harta dah lupa asal-usul UMNO untuk apa.. diorg lupa pesan Dato' Onn "orang melayu perlu bersatu, berdiri teguh di dalam satu 'persatun' demi kedaulatan bangsa.." lebih kurang mcm tu la.. beliau buat ucapan tu bulan Mac 1946, bulan Mei tahun yang sama UMNO ditubuhkan.. tapi hari ni orang2 UMNO berebut cari kuasa cari harta gunakan parti.. sedih dan marah sangat.. bila nak masuk puteri?

Edna Sinn said...

sdg sibuk dgn urusan kolej...
perlu cari duit utk registration...
akan cari masa utk ke Subang...