lepak kat pekan lama
duduk tengok sini sana
ada satu kumpulan muda
semeja tiada beza warna
bahasanya london usah lupa budaya
di sana kumpulan muda juga
kumpulan politik lagak mereka
cerita tentang kecundang duka
tentang pemilihan akan tiba
tentang kumpulan itu ini calon siapa
tentang program membangun bangsa
jadi pak menteri jangan lupa sedara
ada pasangan melayan jiwa
tergelak kekeh bergurau senda
menatap laptop melayan friendster
cuit mencuit sungguh gembira
entah tahan berapa lama
datang apek kurang sempurna
pergi dia meja ke meja
mengharap belas seringgit dua
namun malang rezeki tiada
ada yang nakal diminta pula
apek tipu kata kawan bank officer
setiap pagi masuk duit beratus juga
elok ditangkap disula aje
hey si ayu di sana
kenapa wajah bermasam cuka
air yang sejuk sudah suam jua
bau harum hilang ke mana
hati luka menanti si dia
kedai nak tutup tak kunjung tiba
apa nak buat jangan melara
pekan lama pelbagai suasana
walau kekadang pening kepala
tapi ini Malaysia kami yang punya
ini Malaysia kami yang punya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment