berapa harga kamu?
lima ribu, sepuluh ribu, dua puluh ribu?
aku beli kamu
mari calonkan aku
apa kamu mahu?
pergi ke medan, ke bali, masaj, minuman haram jadah?
mahu perempuan murahan duduk di atas riba?
mari calonkan aku
jangan calonkan si polan
si polan itu tidak hepi hepi
si polan itu tidak punya harta
si polan itu lulusannya tahap tiga
"pilihlah aku
jadi temanmu
akan bahagia
hidupmu"
aku ini kan calon terbaik
aku ini punya harta tidak habis 5 generasi
mari mari ambil wang ini
buat belanja sara diri
kamu mahu projek?
berapa juta kamu mahu?
mari berikan aku profil kamu
besok juga aku bagikan projek
asal kamu calonkan aku
apa kamu kata?
kamu punya maruah?
kamu berpolitik untuk anak bangsa?
kamu tidak mahu gadaikan diri kamu?
helo kawan
kamu ketinggalan
ini bukan zaman dato onn jaafar
in bukan zaman penjajah kita perlu politik merdeka
ini zaman kita bangkit maju
zaman kita buat duit
aku buat duit kamu juga buat duit
kita sama sama kaya
pergi mampus sama politik bangsa
jahanam sama politik agama
urusan anak cucu bukan masalah kita
yang penting kamu calonkan aku
kamu undi aku masa pemilihan kelak
pastikan aku menang
bila aku ada pangkat
bila aku ada kuasa
aku tidak lupa kawan-kawan aku
aku tidak lupa pengikut aku
bila aku masuk neraka
aku takkan lupa kamu
aku takkan lupa kamu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hanafiah,
saya mahu curi ini. sgt hebat.
tolong lah!!
sgt suka!!!!
gila. fynn suka karya bodoh aku. silakan fynn. karya itu tiada hak mutlak, milik semua. silakan.
Post a Comment