menanti 16 sept
adakah kan tiba
seperti dijanjikan
sang hero
si manipulator
kisah bermula
di sebuah pekan
permatang pauh
demi kerna kursi itu
si manipulator menipu
buat kesekian kalinya
kita akan tubuhkan kerajaan
16 sept kita ke putrajaya
kata si manipulator
disambut gegak gempita seantero alam
si manipulator tahu
rakyat mahukan seorang hero
berani bangkit tentang kuasa tua
kerna kuasa itu sudah lama
kuasa itu semakin bongkak
kuasa itu sudah malas makin rakus
maka rakyat mencari hero
si manipulator tahu
kini dia lah hero alam
dicuit kuasa itu
tercirit lari ditinggalkan rakyat
dikuis sedikit kuasa itu
terkedu ditahan siapa menentang
lihat rakyat sekalian
kuasa tua itu sudah takut
kuasa tua itu kelam kabut
kuasa tua itu sudah mahu mampos
gegak gempita sekalian rakyat
hero! hero! hero!
benar aku lah hero kamu
aku dahulunya dicacai
disumbat dalam sangkar tidak berjiwa
kamu dahulu sebahagian mereka
kamu orang nombor dua mereka
bukan! itu bukan aku
err. itu aku dahulu
sebelum aku hilang kuasa itu
tapi itu dahulu
kini aku hero rakyat
aku suara rakyat
nyawa aku untuk rakyat
rakyat adalah segalanya bagi aku
err. selepas aku hilang kuasa itu
aku baru sedar
selama ini kuasa tua itu jahat
walau dulu aku bersama mereka
tapi kini aku bersama kamu
rakyat jelata
marilah kita bersama
reformasikan tanah ini
wujudkan keadilan di tanah ini
wahai rakyat
marilah bersama hero kamu ini
si manipulator
16 sept kita runtuhkan kuasa itu
16 sept kuasa rakyat pasti kembali
16 sept aku jadi memanda menteri; hehehehe
rakyat sekalian ayuh bangun
kita tentang kuasa tua itu
jika bukan 16 sept maka pasti ada hari lain
hari rakyat tumbangkan kuasa itu
hari aku naik takhta jadi memanda menteri
hehehehe
aku jadi memanda menteri
aku jadi memanda menteri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
malang skali...
si tua cuma omong kosong...
Post a Comment