hari ni aku balik sepang lagi
besok pagi nak bawak abah
periksa mata dia lagi di hospital putrajaya
sabtu lepas balik sepang kecewa
sampai rumah hampir pukul 8 malam
mak baru nak keluar dengan along
ada kenduri kawin katanya
jengok meja makan apa yang ada
bihun goreng; ok la
panaskan bihun goreng dalam microwave
goreng telur mata dua bijik
layan dengan sambal ikan bilis
microwave; satu alat dapur penting masa kini
senang nak panaskan lauk
maka lauk itu boleh dimakan berkali-kali
dalam keadaan panas
tapi tidak sesegar baru dimasak
layan tv baca suratkhabar
kadang2 layan aliya kejap; anak bongsu along
baru beberapa bulan umur dia
abg ben bawak sara & danny pegi bagan lalang
makan steamboat di sana
bagus jugak; tak perlu berebut alat kawalan jauh astro
ada cerita korea menarik di kirana; Seducing Mr. Perfect
kisah jiwa dan hati
serta strategi untuk menawannya; fokusnya menarik
aku suka kirana kerana wayangnya kekadang di luar sudut perdana
lebih kepada seni; tidak mementingkan keuntungan
dan pelbagai bahasa bukan hanya Melayu dan Inggeris
- jauh aku tersimpang -
mak balik dari kenduri
aku ditegur; kenapa tak makan laksa johor ni
walaoweih! ada laksa johor ke
rupanya auntie nor buat
dan along singgah rumah auntie nor siang tadi; dikirim
rumah auntie nor dan rumah aku (rumah ateh sebenarnya, aku hanya menumpang teduh dan mandi) hanya selang beberapa rumah di jalan yang sama di USJ
tapi aku jarang2 singgah ke rumahnya kerana sibuk berada di luar
keluar pagi balik pagi; orang gile
microwave; khidmat mu diperlukan sayang
bukak pintu masukkan kuah laksa set masa; tekan 'start'
tit tit tit! kuah sudah panas
ambik spaghetti (kenapa spaghetti ni halus)
ambik ulam2an dan sambal belacan
tuang kuah laksa yang sungguh mengiurkan
perah limau kasturi
walaoweih! laksa johor kegemaranku
walaupun mak tak masak
tapi balik sepang memastikan perut aku mengembang
malam itu aku tidur dalam kekenyangan yang amat
bihun goreng, laksa johor dan pulut kuning bersama rendang daging ole2 kenduri kawin
(dan aku tidur dalam keadaan frustasi; MU tewas; bingai!)
besok paginya mak masak sarapan kegemaran aku
lempeng; memang sedap
tetapi tengahari itu kami berkumpul di rumah cik ena di shah alam
kenduri sempena dia dan pakcik hadi akan berangkat
menunaikan rukun haji; alhamdulillah
maka; balik ini aku hanya dapat merasa mak masak lempeng
malam ini aku balik sepang lagi
harap2 malam ini mak masak; aku rindu masakan mak
harap2 mak goreng ikan kembung; aku suka
balik sepang lagi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment