balik sepang

kejap lagi nak balik sepang
hooreeyyy
aku rindu mak rindu abah
rindu adam tapi adam dah balik ipoh ikut mak dia
takpe la mak babah dia pun pasti rindu dia jugak

hari ni sabtu jam 6.35 petang
gile
aku kat pejabat siapkan tender
tender lagi
harap makan duit projek tender
yang entah bila akan dapat
insya'Allah rezeki akan sampai juga
aku percaya pada rezeki Allah
Ya Allah Yang Maha Pemurah
murahkanlah rezeki hamba Mu ini
amin

besok ada kenduri kat rumah Che' Ena kat Shah Alam
sebab tu balik sepang
nak bawak mak dan abah
acu ada kawan kawin pulak
sibuk dengan DSLR baru dia
bagi servis percuma untuk bulan pertama ini kata dia
bagus la
aku respek acu
walau yang paling bongsu paling muda
tapi dia berdikari dari dulu dari zaman belajar

kat sepang tinggal mak abah dan bibik
bibik? masih ada ke bibik?
dah lama jugak aku tak balik sepang
tak tau bibik masih ada atau sudah pulang indonesia

besok kenduri
isnin tender tutup tapi takpe sebab dah selesai
rani tolong hantar, terima kasih rani
selasa bawak abah periksa mata dia di putrajaya
kesian abah; mata dia semakin suram
berapa umur abah? aku pun tak tau
anak apa aku ni; bodoh betul
rabu satu lagi tender tutup
ni yang aku terkial2 sampai sekarang
gile; sabtu petang masih di pejabat
hidup tanpa kehidupan

insya'Allah segala usaha akan dibalas
aku percaya rezeki yang dijanjikan Allah S.W.T.
amin

dah sangap mengarut
nak balik sepang
mak masak apa malam ni ye

No comments: