kisah pulang sepang

makanya jumaat malam lepas aku pulang ke sepang; gembira
pertama; kerana perjalanan itu sendiri
kedua; kerana Alya

perjalanan
oleh kerana kereta aku bermasalah maka aku pinjam kereta Ateh
kerana Ateh berada di France pada waktu ini, atas urusan pejabat
bila dinyalakan radio kereta Ateh terdengar satu suara
sekali imbas umpama suara joki cakera; rupanya bukan
suara datang dari salah satu cakera padat motivasi kepunyaan Ateh
Ateh seorang yang bermotivasi tinggi; aku sanjung dia
walaupun kewangannya selesa namun masih belum puas mencari erti kehidupan
maka aku pulang memandu kereta Ateh sambil dimotivasikan
sepanjang perjalanan sehingga selamat tiba
sangat menarik; kini pandangan aku juga semakin jelas
aku selalu menyoalkan diri dan alam keliling
bagaimana aku harus membuat pelaburan sekiranya aku tidak punyai wang
dan perjalanan itu memberikan jawapan; aku gembira
selama ini dalam benak bebal aku pelaburan hanyalah wang dan harta benda semata
namun kini sedar aku silap; memang bebal
maafkan aku ya 'diri-aku-di-masa-hadapan'

Alya
memasuki pintu terlihat Alya sedang nyenyak tidur di luar bersama Sara dan Mak
aku salin baju, ke tandas membuang dan membersih apa yang patut
ke hadapan semula; eh! mana mak?
masuk ke bilik rupanya; membenarkan aku tidur bersama Alya
maka aku tidur bersama Alya; lena
hari sabtu tetamu tiba; mereka menyinggah dalam perjalanan
sebelum itu Nana juga ada begitu juga Adam pulang bersama Mama dan Babah
maka aku mengambil tugas; menjaga Alya
menghabiskan masa melayan Alya di dalam bilik bersama Adam
bergurau senda di atas katil; ku biarkan Alya dan Adam
sungguh gembira; sungguh bahagia

Ya Allah Yang Maha Agung dan Maha Kaya
Kau lindungilah keluarga ku
Kau berilah pedoman
Kau bimbinglah kami
Kau rahmatilah hidup kami
pada Mu sahajalah kami memohon
dan pada Mu sahajalah kami berserah
sesungguhnya dari Kau kami datang
dan kepada Kau juga kami pergi
ampunilah kami wahai Tuhanku Yang Maha Pengasih
Amin.

No comments: