pagi yang gelap

Pagi ini dalam perjalanan ke pejabat terdengar lagu Pagi Yang Gelap diputarkan oleh joki cekera Era Kiran dan AC. Jika tidak silap pernah terdengar kisah lagu ini diperbualkan semasa Hujan dijemput menyertai satu program di radio Hotfm. Kisahnya bermula apabila salah seorang abang kepada pemuzik Hujan terlibat dengan dadah. Maka lagu ini ditujukan khas buat abangnya, semoga Allah melindungi mereka berdua, amin.


Hati terkuis apabila mendengar lagu ini sambil memikirkan bentuk hubungan dan hukuman Tuhan di atas kesilapan mereka. Sebelum ini lagu ini kedengaran rancak dan menghiburkan namun kini bait-bait lirik itu menyentuh hati, masih menghiburkan tetapi dalam sayu. Sedar bahawa diri ini amat menyayangi dan merindui mereka semua, semoga Allah S.W.T melindungi dan merahmati mereka semua, amin Ya Allah.


Hujan - Pagi Yang Gelap


Lebih tua dariku
Harap sabar menunggu
Kepulanganmu ku tunggu

Bukan maksudku mendiam
Tiada niat menyimpan dendam
Hakikatnya rindu yang mendalam
Jalan ini kan membantu
Hari esok siapa yang tahu
Kata ibu dengar sahaja
Cerita hanya kita berdua

Chorus:
Pagi yang gelap
Kini sudah terang
Aku adikmu
Dan engkau abang
Ku amat merindui kamu
Pagi yang gelap
Kini sudah terang
Aku adikmu
Dan engkau abang
Inginku ulang ke masa dulu

Tak akan putus hubungan kita
Tarik nafas lega kerna aku tak apa-apa
Jalan ini kan membantu
Hari esok siapa yang tahu
Kata ibu dengar sahaja
Cerita hanya kita berdua

No comments: