pilihanraya semakin hampir. pada yang tidak mengenal erti kepahitan hidup, pilihanraya bukanlah perkara penting.
tetapi bayangkan jika anda tinggal di sebuah negara yang dahulunya milik nenek moyang anda, tetapi kini negara tersebut diperintah oleh orang luar yang dahulunya pendatang. dan pilihanraya kali ini merupakan peluang anda untuk mengambil kembali tampuk pemerintahan daripada mereka. apa pilihan anda? masih mahu buat tidak tahu?
bayangkan juga jika negara ini diperintah secara diktator atau pemerintahan tentera, dan pilihanraya ini merupakan peluang anda untuk memastikan negara anda diperintah secara demokrasi di mana hak rakyat diambil kira. inilah peluang anda.
namun itu semua cuma bayangan.
malaysia negara aman. malaysia negara makmur, masyarakat berbilang kaum hidup gembira bersama. benarkah begitu?
rakyat malaysia hidup senang walaupun majoritinya tidak mewah, namun nak dapat semua benda senang, infrastruktur mencukupi. air bersih, elektrik jarang-jarang terganggu, jalan raya cantik. benarkah?
remaja malaysia bertuah kerana semua mendapat sistem pendidikan yang bagus. kini rakyat malaysia ramai yang ada sekurang-kurangnya diploma, yang punya pangkat 'doktor' pun ramai. sistem pendidikan malaysia memang bagus. benarkah?
rakyat malaysia hampir semua ada kenderaan sendiri, sekurang-kuranya motor kapcai. dengan lebuhraya yang cantik sambungkan utara dan selatan, dan kini timur ke barat, sistem pengangkutan malaysia adalah antara yang terbaik dan petrol adalah antara yang termurah dengan subsidi kerajaan. benarkah?
malaysia negara maju. bangunan pencakar langit di kuala lumpur hebat-hebat. menara berkembar petronas jadi kebanggaan. putrajaya, klia dan sic jadi tumpuan dunia. benarkah?
benarkah malaysia begitu?
jika benar sokong BN.
jika tidak maka buat pilihan anda. jangan marah sekiranya keadaan yang anda benci akan terus berlaku, kerana anda telah diberi kuasa untuk menentukan keadaan yang terbaik buat negara, masyarakat dan diri anda sendiri namun anda yang abaikan kuasa itu.
jangan bising jika anda tidak mengundi.
jangan bising jika anda tidak mengundi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment