kisah lagu raya, jamal dan aya

entah kenapa, seorang diri melayan kepala di pejabat waktu cuti begini, terngiang ngiang lagu raya dendangan junainah m. amin. mungkin kerana melayan blog fynn tadi. suka membaca kisah jamal dan aya. kisahnya begitu ikhlas. apa kaitan kisah jamal dan aya dengan lagu junainah m. amin? tiada kaitan. namun kisah itu membuatkan aku terfikir betapa bertuahnya hidup aku. ada mak dan abah, waktu ini berada di ipoh bersama kak chik melayan adam yang kurang sihat. ada along, nana, ateh, kak chik dan acu. ada abg ben, abg amir, aisyah dan rihan; ipar. ada sara, dani, adam, alya dan iman; anak buah. pada fynn, usah ragui hidup kamu.

Marilah adikku marilah bersamaku
Kutukarkan bajumu yang baru
Ramailah kawanmu yang telah menunggu
Cepatlah siap adikku

Panggillah kawanmu duduk keliling meja
Makanlah ketupat kuih-muih yang ada
Jangan rebut-rebut makanlah dengan tertib
Itulah pesan ibu

Kalau sudah makan jalan ramai-ramai
Bersama kawanmu semua
Bersalam-salaman bermaaf-maafan
Di hari bahagia ini

Alangkah girangnya di hari yang mulia
Kita semua berhari raya
Dengan hati ikhlas zahir batin sekata
Selamat hari raya

1 comment:

Fynn Jamal said...

mmg tiada kaitan.
hahaha.

terima kasih banyak.
saya cuma bercerita.
itu saja.