mana tadi jalan pulang

ramai sesat di kuala lumpur
mahu lawat kampung bharu
sesat terlajak dipanggil seru
mahu lihat pembangunan
sesat terlihat yang membangunkan
mahu cari pengalaman kota
sesat janji mak bapak terlupa
mahu cari guru belajar
sesat ilmu diri terbiar
mahu lupa kisah suram
sesat timbul anak haram

ramai sesat di Kuala Lumpur
jalan pusing pusing simpang bersiur
traffic light banyak panjang beratur
Mana tadi jalan pulang
Mana tadi jalan pulang

No comments: