alhamdulillah PRU 12 telah berlangsung dengan jayanya. walau kecewa kerana calon BN kalah di tempat sendiri, Parlimen Kelana Jaya dan DUN Subang, namun tetap gembira kerana berjaya menjalankan tugas yang diamanahkan. malah di sepanjang waktu kempen, ramai pemuda2 yang jarang2 nampak turut sama berkhidmat (atau lebih tepat bekerja kerana imbuhan mungkin) untuk parti.
tahniah kepada calon yang berjaya mendapat sokongan rakyat untuk memimpin rakyat Parlimen Kelana Jaya dan DUN Subang. ingat, kamu dipilih untuk memimpin. itu tanggungjawab kamu. tapi kamu bukan Muslim, apa kisah dengan tanggungjawab pastinya. tapi apa pula kurangnya dengan Muslim yang mencari dan berusaha untuk mendapatkan tanggungjawab tetapi tidak menunaikannya? itulah politik manusia-manusia dungu agaknya.
pelbagai peristiwa dialami selama tempoh berkempen sehingga ke hari ini, 11hb Mac 2008. malah dengar khabar akan ada satu lagi peristiwa penting berlaku besok. semuanya demi bangsa barangkali, atau mungkin juga demi maruah diri? hmm.. manusia.
bulan april atau mei ini akan berlangsung pula mesyuarat cawangan2 UMNO dan diikuti meyuarat di bahagian2. antara agenda utma pastinya pemilihan pemimpin yang akan memimpin UMNO di peringkat2 tersebut. masing2 berebut untuk memegang amanah dan tanggungjawab, alhamdulillah. atau mungkin juga berebut hanya kerana tamakkan kuasa dan kemewahan yang menanti? hanya empunya diri yang tahu.
ada orang tua selalu pesan, jangan jumud jangan taksub. selalu aku sampaikan pesan ini pada sahabat2.
alhamdulillah, aku punya ramai sahabat di dalam UMNO, PAS mahupun Keadilan. yang kecil mahu yang besar. kenapa perlu berpuak2 hanya kerana perbezaan ideologi politik? aku tak faham pada manusia2 begini. ideologi akan berubah; pastinya. tetapi tidak agama dan bangsa kamu. maka bukankah agama dan bangsa itu sepatutnya mengikat perpaduan bangsa Melayu dan Muslim? sepatutnya.
aku selak kembali helaian buku Mei 13 Sa-Belum dan Sa-Lepas karangan Tunku Abdul Rahman. betapa sejarah itu mungkin berulang. juga buku Trajedi 13 Mei Satu Laporan oleh Majlis Gerakan Negara. kita perlu belajar dari sejarah; perlu sangat. buku2 ini ada pula bersangkut paut dengan tulisan seorang doktor yang dipanggil "pelampau2" atau "ultras" oleh Tunku, pernah ditendang keluar dari UMNO kemudian dipanggil kembali dan memimpin UMNO hampir 24 tahun, lebih lama dari Tunku sendiri. aku selak2 mana yang patut buku Malay Dilemma. orang2 Melayu masih tidak berubah; sepatutnya Melayu mudah lupa. sepatutnya perjuangan kita belum selesai. ada satu lagi buku yang bersangkut paut; Mental Revolution. sebuah buku yang sangat komprehensif bagi merevolusikan pemikiran Melayu di mana Pak Lah sendiri pada waktu itu menjadi koordinator bagi barisan penulis dan pengkaji. buku yang dicetuskan oleh Pemuda UMNO. betapa Pemuda UMNO pada waktu itu sangat kritis dan kreatif dalam memperjuangkan pembangunan Melayu. tetapi apa sudah jadi kepada pemuda sekarang? hampas.
entah bila masanya Melayu akan sedar? entah bila masanya Melayu akan menjadi tuan sebenar tanah sebidang ini? Melayu masih melayu.
Melayu masih melayu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
benarkah ini???
Tunku pro-british...
bicara saja sudah merdeka...
tapi bicara bersyarat...
British bagi Raja-raja melayu dan org UMNO zaman tu sogokkan supaya tdk membangkang...
tidak igt saye terbace dimana...
mungkin Tunku pro-British tapi mungkin juga British tidak pro-Tunku. kaum Cina dan India merupakan kepentingan British. mereka dah tanam benih-benih ekonomi, itu tujuan utama mereka menjajah, takkan nak biarkan orang Melayu kaut macam tu sahaja bila merdeka nanti. oleh itu wajarlah kaum Cina dan India dibiarkan tinggal tapi bagaimana. jika tidak diberi kerakyatan sudah pasti dihalau keluar. jika kamu orang British apa yang akan kamu buat?
musykil juga...
mungkin tindakan yg sama seperti British...
ulas lebih lanjut boleh???
maka Tunku tiada pilihan selain mewujudkan pakatan dengan MIC dan MCA di dalam Perikatan.. dan melalui Perikatan ini Tanah Melayu mendapat kemerdekaan.. di sini sahaja sudah menunjukkan bahawa orang2 Melayu tanpa sedar telah mengiktiraf orang2 Cina dan India sebagai waraganegara Tanah Melayu... tetapi dengan syarat2 tertentu yang dipanggil kontrak sosial namun kontrak ini secara lisan.. turun temurun tanpa sebarang dokumen.. oleh itu Malaysia terbuka kepada masalah perkauman yang boleh meletup pada bila-bila masa... yang memiliki semakin hilang apa yang dimiliki, yang menerima tidak cukup dengan apa yang diterima.. lumrah manusia.. sentiasa tidak cukup..
begitukah???
mengapa tiada hitam putih???
saya tdk pernah tahu itu...
bukan salah kamu jika tidak tahu. malah tiada dalam buku teks sekolah. qasiyh, jika ada apa2 sila email saya di hanafiahghazali@yahoo.com, ruangan berbicara lebih luas.
baik abg...
trimas infonya...
Post a Comment