apa kamu sudah lupa rasa dijajah?

mereka itu bangsat
siapa yang kamu katakan bangsat?
mereka mereka itu yang jual bangsa mereka
bukankah bangsat namanya

kamu ini sempit otak
mereka kan pemimpin masyarakat
masakan mungkin mereka menjual bangsa?

kamu yang cetek akal
jika bangsa dijual apa yang kamu ada?
tanah, harta pusaka, malah nama bangsa kamu akan pupus
nanti bila ditanya "kamu bangsa apa?"
mahu kamu jawab "bangsa aku sudah pupus"
"bangsa aku merempat di tanah sendiri"
"bangsa aku dibangsatkan bangsa lain"

kamu jangan hina bangsa aku!

aku tidak hina bangsa kamu
kamu sendiri yang menghina bangsa kamu
kamu sendiri yang menghancurkan bangsa kamu
semata untuk memboyotkan perut kamu
semata kerana nafsu serakah haram jadah kamu

apa kamu sudah lupa
dulu kamu junjung keris sakti lambang pahlawan
kamu teriak "Hidup Melayu!" gema seantero benua
hingga orang putih pulangkan hak Raja-raja kamu
kamu bangkit selepas 446 tahun dijajah

namun baru 51 tahun merdeka
kamu sudah jual maruah kamu
kamu serahkan tanah kamu
pada mereka yang dulunya pendatang haram
kamu benarkan anak cucu kamu jadi hamba abdi
jual tubuh untuk mereka dapat untung
kamu biarkan anak cucu kamu merempat
khayal mabuk dengan benda haram yang mereka jual

baru 51 tahun merdeka
kamu sudah lupa
446 tahun kamu dijajah

apa kamu sudah lupa rasa dijajah?

1 comment:

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

biasa la... bila senang ..kita lupa pada masa susah.....