aku nak merepek pasal politik

mungkin darah politik atuk langat masih mengalir dalam pembentung darah aku sebab aku suka sangat dengan politik. politik ni umpama makanan ruji. sehari tak dengar cerita politik aku rasa sangau. lagi best kalau ada cerita2 merepek merapu pasal politik negara.

poltik malaysia kelakar. lawak terbaik sepanjang zaman. alhamdulillah rezeki aku dapat melihat politik di pelbagai ceruk, abah pun dulu rajin berpolitik.

pilihanraya '99 aku ada kat bahagian pantai timur negara kerana urusan kerja. pilihanraya terhebat angkara penyingkiran mantan TPM. di kelantan & t'ganu kempen cukup panas. tapi aku kesian tengok pos parti putih hijau. miskin, daif, tak macam pos parti merah putih, mewah. terkejut di satu pagi ahad muka depan satu akhbar utama menyatakan satu bahagian parti mata biru dibubarkan. kawan aku ketua bhagian tersebut. telefon dia dulu, dapat cerita sebenar. pu-toot- punyer parti merah putih, cuba membeli bila gagal buat cerita, propaganda. kawn aku jadi mangsa, tak boleh keluar rumah, orang kampung sepupu separti mengamuk. merah putih menang pusingan kali ini sperti biasa tetapi kalah di t'ganu. beberapa negeri menunjukkan kebangkitan rakyat. parti putih hijau dan mata biru menang beberapa kerusi parlimen.

p'raya 04 aku balik rengit, batu pahat. sajer nak merasa pilihanraya di kampung sendiri pulak, tolong pak man. rumah kg mmg jadi markas setiap kali pilihanraya sebb pak man juga rajin berpolitik, dan mungkin kerana kedudukan rumah dan susunatur yang memudahkan. nanti aku ceritakan perihal rumah kg aku, rumah cantik atuk ayah buat sendiri. p'raya kali ini kecoh setelah mantan PM letak jawatan beberapa siri drama air mata. itulah kelebihan mantan PM sorg ni. PM baru naik dengan slogan menarik, dengan manifesto baru. pakatan dacing-ketinggalan-zaman menang besar. walaoweih!! PM baru tersenyum. tak sangka atau memang dah disangka. tak tau la. politik malaysia kelakar. t'ganu dirampas kembali. kelantan hampir2 dimiliki. takpe lain kali buat gelombang biru kat kelantan pulak.

p'raya akan datang katanya '08. ntah iya ntah tidak. sebab tempoh tamat 09. lama lagi. tapi ramai dah berkira2. nak jadi YB, Yang Berhormat atau Yang Berkhidmat atau Yang Bodoh atau Yang Boroi. dulu YB dihormati, dia mewakili rakyat, dia bantu rakyat, dia berkhidmat utk rakyat. kini dengar je si polan tu anak YB, perkara pertama terlintas "mesti bapak dia kaya". hehehehe... YB dikaitkan dengan kekayaan. betul ke tidak ntah le. tapi cuba la jengok2 YB tempat tuan2 dan puan2 yang budiman. kereta apa, jam apa, rumah macam mana, isteri berapa etc. etc.

ramai jugak yg berkira2 nak naik menteri atau timbalan pun ok jugak. dapat jadi MB pun bagus jugak. tak terpikir tanggungjawab, tapi walaoweih!! tengkolok ni dah lama kosong perlu diisi. Malaysia ku.

kelakar politik Malaysia ni. sebb yang membenarkan semua kat atas tadi terjadi adalah rakyat Malaysia sendiri. bising2 tol naik, harga barang naik, petrol naik, api naik, air naik, itu ini naik. tapi bila muncul p'raya disogok kain batik, disogok janji2 manis, disogok jalan baru, disogok balai raya baru, disogok masjid baru, disogok pelbagai lagi ntahapapa, pangkah tang tu jugak.

kelakar politik Malaysia ni. kat johor letak la calon saper pun mahupun kucing kurap yang langsung tak hensem dan hancing atau bangkai ayam mak jah yang mati dilanggar lori pagi tadi pasti menang jugak. rakyat Malaysia terutama orang2 Melayu masih terikut2 politik dulu kala, politik zaman kesultanan. setia pada pemimpin, walau apa terjadi pemimpin dihormati, pemimpin disanjungi.

Aku sangap dengan santun ni. Bodoh piung.

kenapa mengundi ikut parti. takut apa jika wakil putih hijau menang. takut apa jika orang mata biru memerintah. patut Melayu takut jika bintang kuning (nasib baik bintang itu satu saja), atau tulisan pusing, atau roket merah, atau seangkatan dengannya menang; memerintah orang Melayu di Tanah Melayu.

Ini Tanah Melayu! tanah warisan nenek moyang aku! tanah tumpah darah keringat keturunan aku!

kenapa dibiarkan bangsa asing menjajah, menakluk, memerintah di tanah pusaka ini.

Bodoh Melayu2 ini.

Biarkan, asalkan negara ini aman, asalkan rakyatnya hidup majmuk, asalkan rakyat hidup selesa, asalkan ekonomi maju, asalkan ntahapapa lagi.

Bodoh Melayu2 ini.

Biarkan tanah tergadai, maruah tercalar, cucu cicit merempat di tanah bertukar tangan, nenek moyang meratap "derhaka mereka pada tanah kita!".

Bodoh Melayu2 ini.

habis dah aku merepek pasal politik.

No comments: