sangap la buat tender ni
rasa macam lakhanat betul
terasa nak mengarut kejap
semalam jumpa tetamu perak org kuat merah putih sana
cerita politik cerita projek cerita perihal pemimpin
tentang yang akan datang yang akan pergi
malam jumpa kawan lama kat damansara
dia tengah tolong dapatkan projek
Malaysia ku
nak dapat projek kerajaan kena kenal orang tu orang ni
terpaksa la mintak tolong jugak
kalau tak sampai bila pun tak dapat projek
insya'Allah ada rezeki sebelum hujung tahun ni
Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi
bantulah hamba Mu ini yang hina dina
amin
tadi berri baca majalah sony
menarik jugak barang2 sony ni
cerita pasal sony mungkin ramai tak tau sony pernah di dalam dilema
perniagaan merosot hutang bertambah
penyelesaian: ambik CEO orang luar Jepun buat pertama kalinya
orang Jepun pun sudah hilang harapan pada anak bangsa sendiri
atau mungkin satu lagi kejayaan propaganda barat
mungkin budaya Jepun telah berubah
budaya lama sudah tidak sesuai dengan arus zaman
bagaimana dengan budaya bangsaku: Melayu
ikut pandangan kabur aku sama seperti di negara-negara lain
globalisasi dan teknologi menukar segala-galanya
bertuah anak-anak ini
bertuah kerana punya zaman serba maju
bertuah kerana telah melupakan adat nenek moyang pelengkap bangsa
walaowei satu perkataan dua maksud
itulah indahnya bahasa Melayu; oopsss... maaf bahasa Malaysia
nanti pemimpin marah kata bahasa Melayu
ntah la; apa salah 'bahasa Melayu'
tetapi memang salah bila 'Melayu' ditukar kepada 'Malaysia'
apakah kita perlu malu berbahasakan 'bahasa Melayu'
sehingga perlu ditukar kepada 'bahasa Malaysia'
apakah bahasa Melayu itu bukan bahasa ilmu; bukan bahasa perpaduan
haprak sangatkah perkataan 'Melayu'
mula tadi aku rasa nak mengarut
tapi sekarang aku rasa nak mencarut
baik berhenti sebelum melalut bikin dosa lebih besar
bak kata mantan memanda menteri
berhenti makan sebelum kenyang
hehehehe... pernahkah rasa kenyang
terasa nak mengarut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment