lama sudah blog ini terbiar tidak terisi. hati mahu namun otak tidak ligat. namun pagi ini terbuka minda untuk mengarang ngarut melepaskan sangap terpendam.
banyak episod dalam cereka hidup sejak kali terakhir merangkap. kisah raya korban. kisah cuti dan balik sepang. kisah kehilangan seorang peneman. kisah politik.
pagi ini kisah kisah lain tinggal dalam kenangan untuk beri laluan kepada kisah politik lagi. aku suka kisah politik. mungkin ada yang kata umat apa seorang ini suka hal hal politik. namun politik adalah penentu hidup sesuatu bangsa di sebidang tanah bergelar negara. walau seluas mana dunia ini terbuka dalam zaman globalisasi, namun politik akan terus menjadi kisah setempat. kisah hidup bangsa tanah sebidang.
kisah ini terbuka apabila membaca satu blog tatapan harian yang membikin cerita tentang Tun Mahathir dipanggil BPR. maka disitulah politiknya bermula.
usah gusar cerita politik ini bukan tentang Tun Mahathir tetapi pada golongan muda yang semakin meminggirkan kuasa politik dari tangan mereka. muda mudi bangsa Melayu semakin jauh dari arena politik. semakin tidak ambil tahu kepentingan politik kepada daya hidup susur galur mereka.
alangkah sedihnya bangsa asal tanah sebidang ini semakin kehilangan kuasa politik di rumah sidang. hampir separuh kerusi yang berhormat dikuasai bukan bangsa ini. semakin banyak daerah tanah sebidang ditentuhalakan oleh bukan bangsa ini. sedih; setelah merdeka dari penjajah luaran kini tiba masa dijajah orang dalaman yang dulu tibanya tidak dijemput hatta dia menjadi rakyat kerana belas kasihan bangsa ini. akhirnya bangsa ini ketuanya bukan bangsa ini.
tidak mengapa kata mereka; kita semua rakyat tanah sebidang. kita bukan bangsa itu kita bukan bangsa ini. kita bangsa tanah sebidang! bangsa tanah sebidang? luruh hati nenek mendengar si cucu menukar bangsa ini kepada bangsa tanah sebidang. remuk jiwa atuk melihat si cucu mencantum bangsa ini dan bangsa itu lalu membina bangsa tanah sebidang. gila apa kamu hai si cucu. pantang tok nenek kita membelakangkan bangsa, menghilangkan adat. apatah lagi menggabungkan bangsa dan adat berbeza menjadi satu. menjadi satu?
politik anak bangsa ini semakin haru biru; pedih hulu hati. kuasa politik di tangan kamu kamu. jangan tukarkan kuasa itu dengan segantang beras; esok lusa ditanak habis ia namun kuasa kamu kamu ke atas tanah sebidang yang aku tinggalkan sudah diambil orang. apa yang tinggal?
apa yang tinggal?
kini kita cuma tinggal kuasa
yang akan menentukan bangsa
titis darah mata hati tidak mampu ubah nasib bangsa yang tergadai kuasa politik. bangsa itu menunggu masa. bangsa itu tahu bangsa ini tidak mampu lari digoda harta mewah. bangsa itu mahu makan bangsa ini. bangsa itu mahu hancur bangsa ini. bangsa itu mahu ambil tanah sebidang ini ditukar menjadi seperti satu lagi tanah sebidang yang dijual putera raja bangsa ini dahulu. bangsa itu mahu bangsa ini pupus seperti bangsa ini di tanah satu lagi. bangsa itu menunggu masa.
masa itu terlalu dekat; jika bangsa ini terus berbuaikan mimpi karut.
bangsa ini kata sang pendekar tidak akan hilang di dunia. tidak, bangsa ini tidak akan hilang. yang akan hilang tanah sebidang yang pernah menjadi kebanggaan sang pendekar. kisah silam menjadi bukti; di tanah satu lagi bangsa ini masih ada cuma tanah sebidang sudah jadi hak mutlak bangsa itu.
kisah silam ini akan berulang.
akan berulang.
bangkitlah bangsa ini!
bangkitlah kamu si mangkuk hayun!
kisah hidup bangsa tanah sebidang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comment:
remaja sekarang susah nak minat politik...
lebih minat mengenjoy diri...
terigt peristiwa,saya digelak didalam kuliah ketika berbicara isu politik...
kata mereka x perlu mematangkan diri sebelum masa...
sgt kasihan bkn...
Post a Comment