sekejap terasa sudah menjelma tahun baru, dunia gila. semakin ligat masa berputar. semakin rancak irama berdansa. semakin besar nombor di kek harijadi. sudah tua.
jika ditanya azam tahun baru; tiada. sama seperti tahun tahun lepas. tiada ada beza 1986 atau 2004 atau 2008 ini. sama sahaja. tanggungjawab semakin besar; pada diri, keluarga kini masyarakat, agama dan bangsa; demi negara.
namun 2008 ini dinanti; sangat sangat. kerana 2008 ini penentu kepada beberapap peristiwa penting hidup. tender tender yang telah dihantar menunggu jawapan 2008. pilihanraya umum insya'Allah berlangsung juga 2008. seterusnya pemilihan pucuk pimpinan parti mahu di cawanan, bahagian mahupun pusat parti yang menurut pilihanraya umum nanti.
2008 ini penentu kepada beberapa skrip dala hidup. perlu diubah atau diteruskan seperti rancangan; 2008 ada jawapan.
betapa masa itu sangat penting, mahu pun di hadapan atau dibelakang. masa kini? hanya sedetik masa kini. namun sedetik yang menentukan arah; jangka masa paling penting, sedetik dalam hidup. jika sedetik ini kita tersilap langkah atau tersilap pilihan maka sedetik itu tamat disitu; tiada masa hadapan.
betapa penting masa hadapan untuk kita kejar mahupun masa di belakang untuk kita pelajari namun masa sedetik penentu hidup kita; sedetik dalam diri.
sedetik dalam diri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
terima kasih ntuk kata-kata anda.dan terima kasih kerana sanggup singgah di blog sy
Post a Comment